Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang kerat, rengkuh yang lebih.Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berperut lipat.Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar kurang garang asal lebih gaya.Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih.Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.Cukup mempunyai segala yang diperlukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456789

Kembali ke atas