Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kusut-

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih.Segala perselisihan hendaklah didamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas