Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutu

Puisi
 

Orang ceti menyembah berhala,
     Di dalam kuil tiada yang lain;
Kutu mati di atas kepala,
     Tuma mati di tepi kain.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mencari kutu dalam ijuk.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ibarat kutu, boleh diselisik.Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari kutu dalam ijuk.Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.Bercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kutu di dalam ijuk.Pandai menyembunyikan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mencari kutu di dalam ijuk.Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mencari belalang di atas akar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. gombak = rambut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah mati kutu.Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain.Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala.Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas