Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : 1. perkataan (sumpah) yg mendatang­kan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau kepu­tusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; keterkutukan keadaan terkutuk; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), lak­nat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janjisaya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : , = kutukan perkataan yg mendatangkan kecelakaan kpd seseorang; sumpah; laknat: tertimpa ~ Tuhan. mengutuk 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. terkutuk 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. pengutuk orang atau pihak yg mengutuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutuk
Kata Terbitan : mengutuk, kutukan, terkutuk,

Peribahasa

Ke hilir kena kutuk sultan,
     ke mudik kena kutuk raja.

Bermaksud :

Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik.Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas