Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaut laba dengan siku. | Selalu hendak beroleh untung banyak saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum tahu laba rugi. | Belum tahu baik buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laba tertinggal, harta lingkap. | Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rugi menentang laba, jerih menentang boleh. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang taksir hilang laba. | Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan. | Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak untung menjadi buntung. | Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |