Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bah.la.bah] | لابه ٢

Definisi : sj serangga berkaki lapan yg membuat sarang dgn menyirat benang yg keluar drpd badannya (dan sarang ini dapat memerangkap mangsanya); jenis-jenisnya: ~ beruk, ~ lotong, dll; akal ~ ki pandai menipu orang; sebesar ~ ki pandai menyembunyikan kejahatan (tipu daya); akal ~, di gua buruk suka merakut prb orang jahat yg suka menipu orang; berkelahi spt ~ dlm gelas prb perkelahian hebat di tempat yg sempit; spt ~ cinta kpd telurnya prb kasih sayang atau cinta yg mendalam sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bah.la.bah] | لابه ٢

Definisi : , lelabah beberapa jenis serangga berkaki lapan yg menangkap mangsanya dgn menggunakan sarangnya, spt Liphistius malayanus, Heteropoda venatoria, dan Nephila maculata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labah-labah

Peribahasa

Akal labah-labah;
     di gua buruk suka merakut.

Bermaksud :

Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya.Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal labah-labah; di gua buruk suka merakut.Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tabuhan meminang anak labah-labah.Mencari jodoh yang tidak sepadan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas