Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu.la.bu] | لابو٢

Definisi : a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labu-labu

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Labu dikerbuk tikus.Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti labu dibenam.Sangat congkak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lonjak sebagai labu dibenam.Sombong, angkuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah.Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tikus membaiki labu.Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun nipah dikatakan daun labu.Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.Sikap yang tidak adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas