| Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung. | Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Burung terbang dipipiskan lada. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rusa di hutan, kancah sudah dijerang. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan). | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tahu di pedas lada. | Belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu di masin garam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Runcing telunjuk memalit sambal lada. | Hidup miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Ajaran supaya tahu akan susah hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. | Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |