Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak. | Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ladang yang berpunya. | Perempuan yang sudah kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menari (= merentak) di ladang orang. | Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang. | Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan. | Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang. | Kita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kambing lepas ke parak. | Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. | Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |