Lading tajam sebelah. | Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencangkan sesuatu lading yang hilang. | Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lading tak tahu akan majalnya. | Tidak insaf akan keadaan dirinya. majal = tumpul, tidak tajam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencangkan lading patah. | Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakuk dengan punggung lading. | Sangat menyakiti hati orang. memakuk = menetak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |