Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagi;

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(107)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lagi tongkat lagi senjata.Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi lauk lagi nasi.Makin kaya, makin banyak sahabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi terang lagi bersuluh.Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi teduh lagi berkajang.Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi lebai lagi berjanggut.Berilmu dan berbudi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi murah, lagi ditawar.Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makin murah, makin menawar.Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi murah, lagi ditawar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk.Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi jatuh ditimpa tangga.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak terindang dedak, berbiak lagi.Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas