| Dibilang genap, dipapar ganjil. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dalam menunduk dia menyonggeng. | Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besi lemah tak patah. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muka licin, ekor berkedal. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membulang ayam indarus rancak kokok. | Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di luar berkilat di dalam berongga. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Roda yang berpaling, kuda sudah digerindin. | Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut bau madu, pantat bawa sengat. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |