Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : 1. jantan (lebih halus), lwn perem­puan: ia gadis yg tidak mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkat­kan paruh, namun kehendak diteruskan juga; kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : , lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laki-laki

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menanti laki pulang maling.Tidak tenteram, selalu waswas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas