Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.; ~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~ buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb tidak ada seorang pun; berlalat dihurung lalat: bangkai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalat I

Puisi
 

Ambil parang cuba dikerat,
     Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
     Mulut ternganga dihurung lalat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lalat memanglah mencari puru.Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalat langau mengerumuni bangkai.Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lalat cari puru.Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lalat buta.Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada lalat langau.Tak ada orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.Terlalu lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pikat kehilangan mata.Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kucing berakkan rambut.Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lalat buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas