Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat.lam.bat] | لمبت٢

Definisi : dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambat-lambat

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berenyai bak hujan pagi.Bekerja atau bercakap lambat-lambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lambat laga asalkan menang.Biar lambat asalkan maksud tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar lambat laga, asal menang.Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rabuk dengan api.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai api dengan rabuk.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing dengan panggang (= balur).Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas