Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.mun] | لامون

Definisi : 1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~ pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa peme­rintah tetap bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan bonda, apatah salahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal: kerjanya ~ sahaja; lamunan fikiran yg bukan-bukan, angan­angan: dlm ~ itu, Pak Sudin terus terlena; pelamun orang yg selalu atau suka melamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : Mn; melamun 1. menimbunkan (pakaian dll), tidak disusun atau diatur baik­baik; 2. meliputi (spt air menutupi karang), menggenangi: bersama-sama tenggelam dilamun ombak dan gelombang; 3. ki menye­lubungi (kesedihan, bencana, kesenangan dsb), merundung: Zaini sedang dilamun perasaan yg sedih pilu; entah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.mun] | لامون

Definisi : meskipun; sungguhpun: ~ begitu, budinya dikenang juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun berangan-angan; berkhayal. lamunan angan-angan yg bukan-bukan; khayalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.mun] | لامون

Definisi : ; melamun 1 melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2 menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3 ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi: Baginda sedang dilamun dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lamun
Kata Terbitan : melamun, lamunan,

Peribahasa

Lamun ada ubi,
     ubi;
tiada ubi,
     gadung jadilah.

Bermaksud :

Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meski tertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.Kebenaran yang tak dapat disembunyi-sembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas