Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut. | Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang. | Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditelan tak sengkang. | Semuanya berjalan dengan lancar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepung kena ragi. | Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |