Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.da/] | لندق

Definisi : sj binatang yg kulitnya berduri; ~ batu = ~ nibung sj landak, Atherurus macrourus; ~ raya = ~ tunggal, Hystrix brachyura; ~ laut sj karangan laut yg berduri kulitnya; bunga ~ = empedu ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Barleria prionitis; menduri ~ = sbg duri ~ jari yg halus tirus lagi cantik (pd perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da/] | لندق

Definisi : nama sj binatang yg badannya berduri, Hystrix brachyura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata landak

Puisi
 

Kalau landak sama landak,
     Turun ke pantai menyukat beras;
Kalau hendak sama hendak,
     Gajah berantai boleh terlepas.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Memperagakan duri sebatang kepada landak.

Bermaksud :

Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti menendang landak.Menganiaya orang kecil, yang kemudian merosakkan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memperagakan duri sebatang kepada landak.Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang!Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas