Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.da.san] | لندسن

Definisi : 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu se­lagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da.san] | لندسن

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan sbg alas atau sbg lapik sesuatu. 2 ki dasar; jalan: Sbg akibatnya, daya tarikan bumi turut lemah dan hal ini menyebabkan dunia tidak berjalan mengikut ~ edarannya yg biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landas (kata nama)
1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,

Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan,

Peribahasa

Sepandai-pandai mencencang,
     landasan juga yang habis.

Bermaksud :

Yang mengerjakan pesta kahwinlah yang banyak menanggung rugi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menjadi landasan pagi dan petang.Orang yang hidup memburuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepandai-pandai mencencang, landasan juga yang habis.Yang mengerjakan pesta kahwinlah yang banyak menanggung rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rupa tungkahan.Sangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain biduk lain digalang.Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas