Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, ter­dedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, me­reputkan; kelapukan perihal lapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : Mn; berlapuk-lapuk (bunyi orang) bertepuk tangan; melapuk menampar, menepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1 buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2 ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan buruk: reput, bercendawan,

2. Bersinonim dengan usang: tua, antik, lama.,


Peribahasa

Lapuk oleh kain sehelai.

Bermaksud :

Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lapuk oleh kain sehelai.Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekel berhabis, lapuk berteduh.Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuntut piutang lapuk.Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir.Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Usang dibarui, lapuk dikajangi.Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung pada akar lapuk.Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk.Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas