Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lauk (kata nama)

Puisi
 

Apa lauk nasi kurendang,
     Putik petola dari Patani;
Apa ubat hatiku terkenang,
     Gesek biola tariklah menyanyi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

215

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi lauk lagi nasi.Makin kaya, makin banyak sahabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencang lauk tengah halat.Menceritakan cacat-cela sendiri kepada orang banyak. halat = perjamuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi lauk kepada orang membantai.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebusuk-busuk lauk, kalau dibasuh enak juga.Sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham.Kalau tak ada yang baik, yang kurang baik pun dipakai juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi tongkat lagi senjata.Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengembangkan ketiak amis.Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuang garam ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas