Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut madu berpantaikan sakar (= gula).Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut ditimba akan kering.Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut ditembak, darat kena.Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut datang memunggah mutiara.Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut budi tepian akal (= ilmu).Orang cerdik pandai atau cendekiawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuangkan air ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas