Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Berapa dalam laut Inggeris,
     Dalam lagi laut Belanda;
Berapa tajam hujung keris,
     Tidak takut menahan dada.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Berapalah besar dan dalam laut Kalzum,
     besar dan dalam lagilah dada manusia.

Bermaksud :

Hati manusia tak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia.Hati manusia tak dapat diduga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan.Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas