Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.wan] | لاون

Definisi : 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perem­puan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya ber­bicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya ber­kelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlaga­kan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, ke­sanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.wan] | لاون

Definisi : 1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Serampang laut nama lagunya,
     Lawan menyanyi berganti-ganti;
Kemaskan kemudi dengan sempurna,
     Tak karam diharung sampai ke tepi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menjual bedil kepada lawan.Perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti denak mencari lawan.Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layar menimpa tiang.Kawan menjadi lawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing galak, babi berani.Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertemu teras dengan beliung.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertemu beliung dengan ruyung.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersua baji dengan matan.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan baji oleh kelidai.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencit seekor penggada seratus.Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas