| Bagai lebah menghimpun madu. | Sangat rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat. | Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan merempuh sarang lebah. | Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. | Menghadapi musuh yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah. | Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |