| Agak lebih daripada agih. | Banyak bicara, sedikit kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak air pancuran terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak ulam, pucuk menjulai. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pucuk dicita ulam tiba. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sumur digali air terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tanam cempedak, tumbuh nangka. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baru bertatih hendak berlari, tersembam. | Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak akan lebih jengkal daripada jari. | Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air. | Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |