Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang kerat, rengkuh yang lebih. | Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar kurang garang asal lebih gaya. | Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih. | Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setali tiga wang. | Sama saja; tidak lebih dan tidak kurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengusir asap, meninggalkan api. | Mencari sesuatu yang kurang penting, meninggalkan yang lebih penting. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Singkat diulas, panjang dikerat. | Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |