Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula: betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; mereka yg mempunyai sifat kegem­biraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yg peramah dan berbudi bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tambahan pula; istimewa pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih,
     mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Bermaksud :

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

 

Lihat selanjutnya...(18)

353

Give knaves an inch and they will take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give knaves an inch and they will take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(34)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ternak bergembala, parak berpagar.Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih.Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jual sutera beli mastuli.Dapat ganti yang lebih berharga lagi. mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasuh muka dengan air liur.Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti keranjang bobos.Tiada puas dengan apa yang diperolehnya dan berkehendakkan lebih banyak lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasuh najis dengan mala.Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buang kuali ambil belanga.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari semak ke belukar.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buang daun keladi, berselimut daun birah.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas