Ternak bergembala, parak berpagar. | Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih. | Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jual sutera beli mastuli. | Dapat ganti yang lebih berharga lagi. mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasuh muka dengan air liur. | Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti keranjang bobos. | Tiada puas dengan apa yang diperolehnya dan berkehendakkan lebih banyak lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasuh najis dengan mala. | Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang kuali ambil belanga. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang daun keladi, berselimut daun birah. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |