Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kas] | لکس

Definisi : tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kas] | لکس

Definisi : dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Bermaksud :

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti polong kena sembur.Berlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau boros lekas kerugian.Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersinggung lebih bak kena.Lekas merasa hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga terbakar muka menyala.Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangsa teling tipis.Orang yang lekas marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar anak harimau.Mengajar anak yang lekas pandai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai kunyit dengan kapur.Mudah dan lekas mesra.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tuntung jarum dilaga.Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas