Lembu dogol jangan dibalun. | Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan. | Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. | Orang yang besar tubuh tetapi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol. | Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol. | Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak hendak jadi lembu. | Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak patah, banteng terambau. | Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi ditarik keluan. | Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |