Lemah-lembut santan berlada. | Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas. | Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut. | Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila meminta: lembut gigi daripada lidah. | Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak selalu di tanah yang lembut. | Orang yang lemah selalu menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lilin baru digelek. | Benda yang lembut elok dan licin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lenggang patah sembilan. | Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut manis mematahkan tulang. | Perkataan yang lemah lembut dapat menundukkan hati yang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bangsi buluh perindu. | Suara yang lemah lembut dan merdu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lunak gigi daripada lidah. | Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |