Lemukut di tepi gantang. | Sesuatu yang tidak dihargakan sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antah lemukut, berguna dilapar perut. | Barang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |