Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lengan bagai lilin dituang. | Lengan yang cantik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantangan penghulu menyingsingkan lengan. | Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. | Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |