| Lidah tidak bertulang. | Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lidah terganjal. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lidah bercabang. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyepitkan lidah ke lantai. | Menahan nafsu atau kehendak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memetik lidah tak bertulang. | Bercakap lebih mudah daripada membuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati. | Apabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tergigit lidah. | Tidak tahu malu; tidak mengendahkan celaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tercabut lidah mati. | Tiada berguna mempercakapkan orang yang jahat, sebab ia tetap juga dengan kejahatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris. | Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |