Kain dalam lipatan. | Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggunting dalam lipatan. | Mencelakakan kawan atau saudara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. | Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. | Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menohok kawan seriring. | Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghadapkan bedil pulang. | Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |