Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. | Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lotong meniti batang kayu. | Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. | Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |