Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubang,

Puisi
 

Duduk tak duduk gali lubang,
     Asal gali lubang juga;
Duduk tak duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggali lubang, menutup lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tutup lubang, gali lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gali lubang menutup lubang.Meminjam wang untuk membayar hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Korek lubang ulat.Sengaja mencari perselisihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lurus lubang lurus penjolok.Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengorek lubang ulat.Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh.Besar belanja daripada penghasilan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk tiga, keluar empat.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk lima keluar sepuluh.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas