Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat.Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka. (Biasa juga: Merebut temiang belah). temiang = sebangsa buluh tipis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar luka di dada, jangan luka di belakang.Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mudah luka payah sembuhnya.Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggaru luka lama.Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh.Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek, siapa bertelur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing.Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas