| Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lulus tabuh perhatian. | Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lalu penjahit, lalu kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah lulus maka hendak melantai. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah lulus maka diselam. | Setelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. | Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. | Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam). | Persahabatan yang setia, sehidup semati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah kecurian baru mengunci pintu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah kalah baru berkubu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |