Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditumbuk dikisar barulah lumat.Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas