Menyuruk (menyorok) di balik lumbung. | Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang. | Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. | Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengendap di balik lalang sehelai. | Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |