Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. | Teramat tua dan daif. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. | Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurah dituruni, bukit didaki. | Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air. | Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut. | Orang yang tiada bersalah menerima hukuman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat lurah timbunan sarap. | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedatar saja lurah dengan bukit. | Tidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit 'lah tinggi, lurah 'lah dalam. | Teramat tua dan daif. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |