Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata macam-macam

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(23)

378

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Lain orang, lain pendapat

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Macam memegang tali layang-layang.Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam kikir besi.Orang kaya yang bakhil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam kera kelaparan.Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam kepiting jalan.Orang yang berjalan miring.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Tong kosong berbunyi nyaring).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam betung seruas.Terlalu jujur; lurus hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam anak dara tak datang tunangnya.Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam ular kekenyangan.Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam terambil di nan kurang.Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas