Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga. | Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut madu berpantaikan sakar (= gula). | Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut bau madu, pantat bawa sengat. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lebah menghimpun madu. | Sangat rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu. | Lahirnya baik, batinnya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat. | Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, dan diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga. | Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar berkilat di dalam berongga. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |