Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hir] | ماهير

Definisi : terlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hir] | ماهير

Definisi : cukup cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu: Kebanyakan mereka ~ berbahasa Melayu. memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: Mudah baginya kerana dia ~ bidang tsb. memahirkan mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris. kemahiran kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti keris yang tak payah diasami lagi.Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiga sudah berdiri habis.Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat sudah bersimpul satu.Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas