| Tak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga. | Hanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan. | Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Mayat sudah di tepi kubur. | Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Tak kelih mahu tengok. | Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu. | Diberi sedikit hendak banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Muda diajun, kikir diperbuat. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Dunia diadang, saku-saku dijahit. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Membuat mahu menuras tidak. | Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |