| Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. | Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai budak menyapu ingus. | Beroleh malu dalam sesuatu majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti cicak makan kapur. | Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disambut dengan penyapu tak bersimpai. | Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam dibawa ke lampok. | Orang yang tak pernah masuk majlis. lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duduk berkelompok, tegak berpusu. | Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis. berpusu = berduyun-duyun, berkumpul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |