| Seperti api makan (= dalam) sekam. | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api makan sekam (= dedak). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan di luar berak di dalam. | Mengkhianati tempat mendapat perlindungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan nasi kawah. | Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan upas berulam racun. | Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Budak-budak makan pisang. | Masih mentah dalam segala hal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti cicak makan kapur. | Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |