Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-

Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam makan rumput.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melangkah kaki kanan.Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan upas berulam racun.Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi kawah.Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan masak mentah.Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas